Friday, June 24, 2011

good bye Petaling Jaya~

Assalamualaikum,
kat sini aku nak cerita tentang perasaan aku sekarang. sedih la. nak tahu kenapa? sebab hari ni hari last dkt office petaling jaya ni. aku & azza kena tukar pergi dekat office baru company imocha ni dkt icity shah alam. Mana la tak sedih, baru selesa je dok dekat office tingkat atas ni kena tukar pula. Bukan tak suka kena pindah tapi sedih sikit je la. Tapi, dalam sedih tu aku suka lah juga sebabnya makin dekat dengan orang tu. ehhh? siapa eh? HAHA :p

Kat office sini best. Tak tau lah kenapa aku cakap best. Mungkin sebab dekat tingkat 2 ni ada group member aku je kot. so sangat privacy lah kan. Bebas je nak buat apa saja. Siap boleh online sampai habis waktu kerja, tidur sampai nyenyak pon ada tau, sampai ada yg tidur bawah meja (oh not me ok) :p borak-borak. Hahaha. 

Environment dekat sini pon menarik juga. Makanan murah sangat dekat emphorium(food court) seberang jalan tu. 

Lepas ni, setiap pagi dah tak perlu nak melintas jalan yg teramat la sgt busy-nya. Padahal jejantas ade je kot. haha sorry lah, aku pemalas lah. haha tapi geram juga dengan pemandu-pemandu ni. dah tahu ada orang lintas jalan saja je nak bawak kereta tu laju-laju. grrhh! (tulaaa lain kali naik jejantas terjamin sikit nyawa tu. haha)

ok lah, bawah ni ada serba sedikit gambar aku & azza sempena hari terakhir dekat office ni. btw, 2 gambar yang teratas tu masa dekat client side CIMB Jalan Tun Perak. ;)



 sorry lupa nak rotate :D
 azza & the messy table :p
 ok sorry tak pandai nak posing haha
 us <3

with love,
Sarah 


No comments:

Post a Comment