Wednesday, September 26, 2012

I'm back !!

Assalamualaikum and hi semua (konon macam artis) !!

Setahun dah tak update apa2 langsung dekat blog ni. Macam2 jadi sepanjang tak update ni. Benda yg happy, sedih dan macam2 lagi. Buat masa ni aku ada dekat terengganu. Seminggu lebih akan duduk sini. Maklum lah orang tak keje macam2 benda boleh buat tapi terhad gak sbb duit tak masyukkkkk. Hahaha

Ok la kat sini aku nak bagi tahu sikit apa yg dah jadi sepanjang setahun aku tak update ni. First of all, aku da beli basikal bmx aku punya sendiri november 2011 lepas. Walaupon tak seperti yang aku nak dalam wishlist tu yet i'm happy i owned it. My motel works bmx ;)  sekarang ni aku tengah tekun bermain bmx semenjak tak kerja ni. Isi masa lapang la orang kata. Hehe thanks dekat kawan2 yang tak jemu nak ajar aku main bmx ni. Sayang korang sangat2!

Selain daripada tu cinta pula hadir tanpa aku cari. 29feb2012. Itu lah tarikh aku bertemu semula dengan insan yang bernama mohd mubarak selepas 5thn kteorg lost contact. I used to love him so much but now no more. Biarlah Allah saja yang tau apa yang aku rasakan. Apa2 pon just selalu doa yang dia happy tanpa aku. Well, tak perlu nak sedih sangat sebab aku yakin Allah tu Maha Adil dan Maha Penyayang. InsyaAllah pasti ada yang lebih baik menanti.Amin. ;)

Ahh sudah2..tak best la cerita pasal benda sedih2 ni kan. Betul tak? Apa2 pon tetiba aku rasa nervous sebab sabtu ni kena jadi pengapit sepupu aku. Cehhh bukannya tak pernah pon jadi pengapit. Takpe lah, buat je yang terbaik. Hee macam nak buat apa je la kan. Hahaha

Ok la, it's time to sleep now. good night & Assalamualaikum :)